Bulan Mei ni tauliah lah aku.. setelah 3 tahun berhempas pulas dengan kehidupan sebagai mahasiswi UKM dan inspector in training.. dah boleh amik certificate dgn IGP (kalo dia turun la).. so tanggal 21 Februari kami ke lapang sasar PDRM di Bentong, Pahang. Exam menembak la ni.. markah dimasukkan dalam final exam and ni 1 part of the evaluation.. Pasni ujian kawad dan ujian undang-undang pulak..ala.. hafal 3 (3) akta PDRM 1967 sudah..Persoalannya, dalam bilik pun boleh aku kawad tapi, adakah ini kali terakhir aku berpeluang memegang senjata, M16 dan Revolver .38? sebab sebagai orang awam, aku tidak lagi layak gi menembak cam aku buat sebagai Reserved Cop ni..
Terdetik juga fikiran waktu aku menarik picu pistol tu... (sbb tu asyik tersasar jer).. adakah ini kali terakhir?
Bukan tidak minat menyertai PDRM, cuma tanggungjawab itu terlalu berat. Sebab, kalau aku masuk PDRM, aku bukan orang awam. Tapi kalau aku orang awam, aku dah tak boleh menjalankan tugas PDRM... aku sayang PDRM.. dah 8 tahun aku pakai uniform biru ni..
tahun ni jer uniform ni perap dalam almari..

Ntah la..kalau orang tanya, aku katakan tidak. tapi bila difikirkan, semasa menembak pun boleh terfikir haluan masa depan. PDRM kah? UKM kah? balik kahwin kah? Universiti lain kah? Internship Abroad dulu kah?... tanam keledek kah?
Bukanlah tidak ingin merancang tetapi segalanya sangat kabur.. tiada alasan jitu untuk memilih salah satu.
Biarlah setahun lagi?
No comments:
Post a Comment